Terdetik pulak aku nak menulis harini.
tak tahan lagi aku berlari
menuju
kedalam rimba hati.
puas aku dalam pengembaraan.
terjumpa longgok longgok hati yang telah
retak-retak semua nya
atas tanah
yang kotor dan
busuk tak disentuh
tuannya.
"ini hati apa?" bertanya aku
"hati yang mati diserang derita" jawabnya.
aku dongak ke atas
ternampak
gumpalan awan hitam- sedang hati dalam mula retak
lalu beberapa nafas kemudian
hujan mencurah ke tanah kering
yang penuh dengan
hati yang kotor
salah satu titisan hujan
terkena pipi - airnya sejuk
lalu, mengalir ke pipi
dan terjatuh ke tanah
tidak mahu berlari lagi
biar tinggal semua
janji dan sumpah semua
tidak sempurna