Ramadhan 1434 Hijrah
Seperti hari biasa, hari ini hari mula hidup baru. Bagi aku , yang lama itu aku mahu lupakan kerana hari ini hari baru.
Di dalam bilik ku terperap dari malam semalam. Selepas terlena dari tidur yang panjang semalam. Ku terbangun dek kerana bilik ini terasa amat panas sekali. Sepanas sampai satu badan aku lecun dibuatnya berpeluh. Bila aku sedar kipas di siling sudah berhenti.
Pelik juga kerana tak pernah terjadi seperti ini. Dalam hati aku tertanya "mana pergi kipas bergoyang?" seperti selalu. aku rimas kerana badan berpeluh. ku bingkas bangun dari tidur. dari tidur yang lama.
dan ku menharap hari esok adalah hari dimana aku mendapat keredhaan dari - Nya . ku berharap kerana ku hanya mahu berubah. berubah buat selama lamanya.
semoga dipermudahkan urusan aku di dunia dan akhirat. Ku berserah diri. Memejamkan mata kembali.