semua apa yang aku fikirkan kembali normal. memikirkan soalan sebentar tadi, itu semua hanya khayalan hikayat kehidupan orang muda. aku meneruskan perjalanan aku, memasuki ke kampung cina.
kemunculan seorang wanita muda yang berkaca mata hitam menimbulkan nafsu dalaman aku. entah kenapa aku merasakan bahawa wanita itu adalah rakan sekelas lamaku. timbul pula rasa mahu bertegur. tetapi, perasaan malu yang tinggi membuatkan aku seperti seorang pemuda yang kehidupannya terbengkalai. tidak berdaya , bahkan mengucap teguran pun tidak berani.
perasaan malu terus menhantui kehidupan aku. makin dalam aku masuk kedalam kampung cina. makin dalam rasanya kemeriahan malam itu. kewujudan warga tua dan muda berketurunan cina mundar mandir bertegur sapa sesama mereka.
kenapa mereka semua bertegur sapa sesama mereka? "mereka sedang meraikan tahun baru cina", berbalas seorang warga tua yang kacak nampaknya. baru aku sedar, bahawa hari ini adalah tahun baru cina. perasaan rasional tentang kewujudan berbilang bangsa.
Selamat Tahun Baru Cina.
ngeh . cantik ayat kau . hee ,
ReplyDeleteLah , mane ada . tee
ReplyDelete