Saturday, February 19, 2011

Hari jadi seorang pemuda

19 Februari hari keramat bagi seorang pemuda iaitu aku. hari dimana aku dilahirkan ke muka bumi. dimana aku dilahirkan didalam keadaan yang selesa. bermula rumah kecil aku yang dipangggil secara scienctific nya inkuabator kecil yang sejuk. sehingga kita aku tinggal di dalam rumah kepunyaan ayah aku.

cerita mengenai kisah jalan hidup aku yang pernuh dengan emosi seronok, riang, gembira, sedih, marah, aktif, dan lain lagi.  hidup ku di pernuhi oleh keluarga, kaum kerabat, sahabat, dan guru guru yang sanggup menemani aku. tanpa mereka, aku hanya seorang pemuda yang lemah.

cerita hidup harus mempunyai peta minda. peta minda itu yang dikaryakan oleh kita sendiri. bukan orang lain. jika kita menceritakan yang bahawa kita lemah didalam peta minda itu. kemunkinan kita akan menjadi lemah. kita yang mengawal cell cell kehidupan hidup. orang lain hanya sebagai pembantu sahaja.

hidup memang palat. tapi, aku gembira dapat mempunyai kawan yang sanggup menemani aku. Terima kasih kawan. Khas untuk mu :D

Sunday, February 6, 2011

Perasaan Sensitif

Suasana kampung cina yang meriah membuatkan aku turut serta merasai kemeriahan itu. tak kira bangsa, agama mahupun keturunan. semua sama sahaja pada hari ini. bahkan ada sesuatu yang akan terjadi pada hari ini. anggapan yang berkemunkinan paramesrawa akan kembali muda, kemunkinan tun sri lanang hidup kembali. apa yang akan terjadi ? soalan berputar putar di dalam ruang siber minda aku.

semua apa yang aku fikirkan kembali normal. memikirkan soalan sebentar tadi, itu semua hanya khayalan hikayat kehidupan orang muda. aku meneruskan perjalanan aku, memasuki ke kampung cina. 

kemunculan seorang wanita muda yang berkaca mata hitam menimbulkan nafsu dalaman aku. entah kenapa aku merasakan bahawa wanita itu adalah rakan sekelas lamaku. timbul pula rasa mahu bertegur. tetapi, perasaan malu yang tinggi membuatkan aku seperti seorang pemuda yang kehidupannya terbengkalai. tidak berdaya , bahkan mengucap teguran pun tidak berani.

perasaan malu terus menhantui kehidupan aku. makin dalam aku masuk kedalam kampung cina. makin dalam rasanya kemeriahan malam itu. kewujudan warga tua dan muda berketurunan cina mundar mandir bertegur sapa sesama mereka.

kenapa mereka semua bertegur sapa sesama mereka? "mereka sedang meraikan tahun baru cina", berbalas seorang warga tua yang kacak nampaknya. baru aku sedar, bahawa hari ini adalah tahun baru cina. perasaan rasional tentang kewujudan berbilang bangsa.

Selamat Tahun Baru Cina.

Pesanan Ringkas.

"gua seorang budak lesbian yang hidupnya penuh dengan cerita cerita cinta ala ala bintang porno. gua punyai hati. tapi hati gua sudah pecah dipukul oleh bidadari jeli"Cerita Terlarang Dari Manusia Tak Punya Otak Yang Kurus Keding Tidak Cukup Organisma Penting(Hanya Untuk Mereka Yang Berjiwa Matang Sahaja)