Tuesday, May 28, 2013

Terdetik

Tiba tiba tanpa di jangka .
Saya mula
rindu kan
si dia.

Doa aku dalam kesejahteraan mu
Wahai guru.
Wahai Sahabat.
Munkin , bakal kekasih !

(Cewahh !)

Friday, May 24, 2013

Satu masa.

Munkin satu masa akan terjadi
hilang dan tidak
bercakap
buat selama lamanya
Munkin satu masa akan terjadi
hubungan akan kekal
munkin makin rapat
dan munkin
lebih dari
rapat.
Munkin jika ada rezeki
kita akan bertemu lagi
Munkin jika ajal
kita bertemu di alam yang sana
Munkin jika semua sudah ditakdirkan
oleh tuhan yang Maha Esa
apa apa boleh terjadi
dan saya berharap
hubungan kita sebagai
murid dan guru
sahabat dan sahabat
lebih dari itu
tidak akan terputus
dan tidak akan
berakhir di sini
sahaja.


Moga moga
doa saya
cikgu sihat
dan berjaya
dunia akhirat.
Sayang cikgu.

Selamat hari guru buat guru guru saya.
Semua guru yang saya sayangi.
Yang paling saya sayangi , guru lukisan kejuruteraan saya.
Ya guru Lukisan kejuruteraan saya.
Sayang cikgu.

Monday, May 6, 2013

Luar jangkaan

Evolusi penuh dukacita ,
mereka mereka semua ,
ramai ,
membutakan mata !
memekakkan telinga !

persis seperti anjing !

Ini tentang maruah ,
masa hadapan ,
anak anak kita !
Semua !

Kuasa tuhan dirogol secara rakus !
Milik tuhan diguna
dengan hati ,
dan nafsu !

Negara sendiri dipermangsa
demi kuasaa yang satu ,
demi harta dunia ,
demi kegunaan sendiri !

persis seperti syaitan ! Durjana !

Apa lancau kau?

(PRU 13, 2013)

Sunday, May 5, 2013

Hari ini

Di kamar bilik yang kecil. Hanya diterangi cahaya cahaya yang samar berpunca dari pelita minyak tanah. Kadang kadang mati kadang kadang muncul cahaya ini. Ibarat dimakan oleh kegelapan sekitar nya.

Dalam hati aku berkata "ya kegelapan lebih berkuasa dari cahaya. munkin juga suasana sekitar mempengaruhinya." Pandai juga cahaya ini menari. Bila dipandang sekali seperti lalang sejak kanan sejak kiri. Nakal!

Kipas di atas kepala berpusing pusing mencari haluan sendiri. dengan kelajuan dua aku buka. Di luar sedang hujan renyai renyai. Air hujan mencium lantai bumi , bunyian bunyian serangga di halaman rumah bernyayi nyayi , mahu menunjuk siapa lagi merdu. siapa lagi hebat.

Bagi aku ini malam yang baik. Tidak begitu panas seperti hari biasa dan tak begitu sejuk seperti kedinginan di subuh pagi. Sedang ku lena baring di atas sofa biru yang hampuk lagi busuk ini. Fikiran ku terganggu sementara. Terganggu oleh mimpi. Aku dibuai mimpi. Ya mimpi.

Tapi aku tidak mengerti apa mimpi yang sedang aku mimpikan. Tak dapat ku tafsir dengan kata kata mahupun dengan perbuatan. Susah!

"Bang , bangun bang bangun." Tiba tiba suara seseorang kudengari.

Aku tersentak , terkejut. Mimpi ku dikacau. Aku bangun secara mengejut. Ternampak muka adik ku.

"Ahh fuck kau kenapa kejut aku" lantas aku memahari adik dengan nada yang kuat. dengan tanpa memikir apa apa. Aku bengan, aku hayun tangan kiri ku tepat di pipi adik

"PAPPP !" Berderau bilik tidur ku dan tepat di pipi kanan adik. Tepat! ku tarik tangan balik. Pipi adik merah , Adik lari menuju entah ke  mana. Munkin menangis di dapur atau munkin pergi berjumpa ibu. Tanpa fikirkan apa apa. Aku bersilat di ataas sofa, mencari koordinat tempat terbaik , sesudah tepat koordinat aku lena. Lena dengan selena lenanya.

Dalam hati ku mencarut . "Ini malam terbaik, babi"


Saturday, May 4, 2013

Sepucuk Pistol

Di hujung sudut bilik. Empat segi bentuk nya. Tak besar dan tak kecil. Cukup lah untuk manusia seperti aku. Yang hidup di dalam kolonial penduduk berpendapatan rendah. Tak banyak. 3 ringgit sehali. Sama macam Kais pagi makan pagi, Kais malam makan malam.  Tapi tidak bagi aku , 3 ringgit itu aku simpan. Dikumpul seminggu jadi 24 ringgit. 4 ringit aku ambil. 20 ku pulangkan kepada ibu bapa ku yang berada di kampung halaman.

nun jauh di utara. Bahkan, lebih jauh lagi dari matahari. Jauh . . .

Apa aku boleh buat dengan diri aku sekarang? Hidup bertongkat. Tiada sokongan. Seperti lalang. Ya lalang. Hidup dalam kegelapan. Hidup tanpa teman. Hidup keseorangan. Ya keseorangan. Cuma ada ibu bapa. Itu pun menunggu ajal mereka. Semoga mereka baik baik saja di alam sana.

Pernah terlintas di akal ku "apa kata kau bunuh diri?"

Ya , munkin itu jalan terakhir. Aku tidak sanggup lagi hidup didalam kelompok ini. Kelompok dimana golongan minda kelas pertama menindas orang seperti aku. Aku itindas , kejam. Ngeri .

Di tangan kiri ku ada sepucuk pistol. Dua peluru. Ku teliti betul betul. Buat kali terakhir, aku hayati dunia dengan teliti. Sepenuh penuh hati ku teliti. Tidak ku tahan. Tarik picu.

Tamat riwayat ku. Semoga kita berjumpa di alam sana.

Yang benar.

Jalulu Bin Sadon King Kulai


Kenapa?

Kau manusia. Aku manusia. Siapa kata kita serupa? Siapa kata kita sama? Yang bezakan antara kita ialah sifat dan amalan kita. Kau boleh jadi sebaik baik manusia dan aku boleh jadi sejahat jahat manusia dan ini semua terpulang pada diri sendiri. Ya, terpulang pada diri sendiri.

Nama aku Ahmad , tapi orang selalu panggil aku Bobo. Aku pun tidak mengerti kenapa Bobo. Ya munkin kerana dari susut tubuhku yang sedikit gempal di perut dan berlemak di peha kanan kiri. Tapi aku tidak mengerti kenapa perlu Bobo? kenapa tidak namanya Farid? Ali? atau Najib?

Kenapa?

Satu pertanyaan yang bermain di dalam minda.

Bermain main di dalam
minda
masih bermain
munkin juga sampai
hilangnya rohku
dari jasad ini.

sampai mati.

Pesanan Ringkas.

"gua seorang budak lesbian yang hidupnya penuh dengan cerita cerita cinta ala ala bintang porno. gua punyai hati. tapi hati gua sudah pecah dipukul oleh bidadari jeli"Cerita Terlarang Dari Manusia Tak Punya Otak Yang Kurus Keding Tidak Cukup Organisma Penting(Hanya Untuk Mereka Yang Berjiwa Matang Sahaja)