Tuesday, October 15, 2013

Sayang . Sudah 1 bulan

Harini masuk hari ke 31 kita bersama.
Makna nya sudah sebulan.
Tapi , saya berharap
bukan setakat  31 hari sahaja
kerana
saya mahukan selama lamanya .
Sayang F , saya gembira bersama kamu.

Friday, October 11, 2013

"I just want to hold your hand,
Even if it gets sweaty,
and waste friday nights watching
really lame movies with you. Cause
now, I really miss you a lot .
I wish you can be mine's forever. "

Saturday, September 28, 2013

Telah datang kepadanya satu kisah
ditiup angin rindu
dalam mengingati kekasih yang
berada nun hujung bandar
sayang ,
mata saya berair

Monday, September 16, 2013

Tiba tiba

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"

Entah kenapa tiba tiba
perasaan cinta 
ini
mula berputik

Sedar tidak sedar
hati ini munkin
sudah 
terjatuh 

Terjatuh dalam
gaung dalam
sedalam lautan syurga

Diri ini
berharap cinta ini akan dibalas
kepada sang dara
untuk
Bidadari tersayang .

Sunday, September 1, 2013

Satu kisah

Gua ini hari hari yang selalunya penuh dengan sial.
Hari hari gua punya otak mahu hendak pecah.
Dek kerana manusia di sekitar.

Manusia ,
memang dilahirkan dengan mulut bau longkang.
Kalau tidak kutuk belakang ,
Mula berkata kata buruk tentang seseorang .
Mereka ini semuanya "cas - cas" bagus sahaja.

Di depan ramai orang ,
mereka ini seperti ahli kitab
Tapi di belakang ,
mereka boleh jadi sial lebih dari
sial nya syaitan itu .

Manusia ,
memang mahu melihat manusia disekitar memandangnya tinggi
sanjung dengan kekaguman dan
rasa hebat.
Tapi mereka mahu kerana bukan ikhlas
cuma mahu nama .
Baru lah boleh tunjuk hebat dan
besar bila dipandang orang ,
Bukan ?

Manusia ,
indahnya kalau diri ini tidak dilahirkan seperti itu.
Saling kutuk mengutuk .
Cuba diam dan pandang diri sendiri dulu sebelum
berkata kata tentang mereka yang lain.
Boleh ?

Ingatlah
diri itu pun belum cukup sempurna untuk
berkata sesuatu
pada seseorang yang
pada zahirnya teruk dan jahanam
seperti binatang
tetapi secara batilnya
boleh dikatakan dia ini manusia normal
yang tidak memakan darah daging mereka sendiri.

Sedarlah wahai manusia
kita ini hidup didunia sebentar
dan sekejap
Andai kata engkau tak mampu merasa nikmat
takkan manusia sekalian mahu merasa racun itu
bagaimana .

Cukup dengan hati aku yang
sudah lama pendam
dan pedih
Mereka ini memang sial
Mereka ini memang sial
Mereka ini memang
sial.

Satu kata untuk mereka
wahai manusia !
engkau ini memang sial !
sesial syaitan pada langit ketujuh !

Saturday, August 17, 2013

Ya tuhan

Ya tuhan
Memang diri ini dicipta untuk
kesakitan
dan
seksaan
dari hamba mu jua ?

Memang diri ini dicipta untuk
digunakan semata mata
kerana perasaan manusia lain
sedang bergelora?

Memang diri ini dicipta untuk
berada dalam setiap masa
sakit dek kerana
perasaan manusia
dan
kejahilan
hambu mu ?

Ya tuhan
dimana kamu
aku disini
menanti cahaya sinar ,
sinar pada kebenaran
dan sinar
pada
sekalian
alam pada aku
dan kawan kawan

Monday, August 5, 2013

Kawan kalau tak makan nasihat kawan , kawankah itu?

Pernah di suatu ketika dahulu , perkara ini terjadi dalam kehidupan yang realiti. Dalam norma kehidupan di bandar orang ramai rata rata yang sudah dewasa sedang berpusu pusu pergi ke pejabat , di hujung bandar pagi pagi sudah masuk ke dusun. Pergi menoreh getah untuk sesuap nasi anak bini malam nanti. Tapi bagi aku , pagi ini. Terdetik suatu tanda tanya kenapa aku berdiri di atas muka bumi ini.

Ramai orang menyangka diri aku ini sempurna seperti orang orang hebat. Tapi bagi aku, aku boleh katakan tidak. Kerana apa? 

Kerana perbualan aku bersama seorang bidadari ini.

Dia datang dari jauh, dengan nama yang digelarnya PERASAAN lalu bertanya.

"Kau tulis sebab kau suka atau kau saja saja nak tahu sebab kejar populiriti?"

"Yang pertama."

"Kau mesti selalu tegur kawan kau en?"

"Selalu juga , tapi selalu mereka tarik muka."

"Kau mesti ramai kawankan?"

"Tak, ada pun aku boleh bilang. Yang selebihnya kau rasa kawan aku ke?"

"Kau ingat mereka apa?" dia tanya ringkas.

"Kau tanya la mereka."

Friday, July 26, 2013

SATU HAJAT BUAT DIRI SENDIRI

Ramadhan 1434 Hijrah

Seperti hari biasa, hari ini hari mula hidup baru. Bagi aku , yang lama itu aku mahu lupakan kerana hari ini hari baru.

Di dalam bilik ku terperap dari malam semalam. Selepas terlena dari tidur yang panjang semalam. Ku terbangun dek kerana bilik ini terasa amat panas sekali. Sepanas sampai satu badan aku lecun dibuatnya berpeluh. Bila aku sedar kipas di siling sudah berhenti.

Pelik juga kerana tak pernah terjadi seperti ini. Dalam hati aku tertanya "mana pergi kipas bergoyang?" seperti selalu. aku rimas kerana badan berpeluh. ku bingkas bangun dari tidur. dari tidur yang lama.

dan ku menharap hari esok adalah hari dimana aku mendapat keredhaan dari - Nya . ku berharap kerana ku hanya mahu berubah. berubah buat selama lamanya.

semoga dipermudahkan urusan aku di dunia dan akhirat. Ku berserah diri. Memejamkan mata kembali.

Tuesday, May 28, 2013

Terdetik

Tiba tiba tanpa di jangka .
Saya mula
rindu kan
si dia.

Doa aku dalam kesejahteraan mu
Wahai guru.
Wahai Sahabat.
Munkin , bakal kekasih !

(Cewahh !)

Friday, May 24, 2013

Satu masa.

Munkin satu masa akan terjadi
hilang dan tidak
bercakap
buat selama lamanya
Munkin satu masa akan terjadi
hubungan akan kekal
munkin makin rapat
dan munkin
lebih dari
rapat.
Munkin jika ada rezeki
kita akan bertemu lagi
Munkin jika ajal
kita bertemu di alam yang sana
Munkin jika semua sudah ditakdirkan
oleh tuhan yang Maha Esa
apa apa boleh terjadi
dan saya berharap
hubungan kita sebagai
murid dan guru
sahabat dan sahabat
lebih dari itu
tidak akan terputus
dan tidak akan
berakhir di sini
sahaja.


Moga moga
doa saya
cikgu sihat
dan berjaya
dunia akhirat.
Sayang cikgu.

Selamat hari guru buat guru guru saya.
Semua guru yang saya sayangi.
Yang paling saya sayangi , guru lukisan kejuruteraan saya.
Ya guru Lukisan kejuruteraan saya.
Sayang cikgu.

Monday, May 6, 2013

Luar jangkaan

Evolusi penuh dukacita ,
mereka mereka semua ,
ramai ,
membutakan mata !
memekakkan telinga !

persis seperti anjing !

Ini tentang maruah ,
masa hadapan ,
anak anak kita !
Semua !

Kuasa tuhan dirogol secara rakus !
Milik tuhan diguna
dengan hati ,
dan nafsu !

Negara sendiri dipermangsa
demi kuasaa yang satu ,
demi harta dunia ,
demi kegunaan sendiri !

persis seperti syaitan ! Durjana !

Apa lancau kau?

(PRU 13, 2013)

Sunday, May 5, 2013

Hari ini

Di kamar bilik yang kecil. Hanya diterangi cahaya cahaya yang samar berpunca dari pelita minyak tanah. Kadang kadang mati kadang kadang muncul cahaya ini. Ibarat dimakan oleh kegelapan sekitar nya.

Dalam hati aku berkata "ya kegelapan lebih berkuasa dari cahaya. munkin juga suasana sekitar mempengaruhinya." Pandai juga cahaya ini menari. Bila dipandang sekali seperti lalang sejak kanan sejak kiri. Nakal!

Kipas di atas kepala berpusing pusing mencari haluan sendiri. dengan kelajuan dua aku buka. Di luar sedang hujan renyai renyai. Air hujan mencium lantai bumi , bunyian bunyian serangga di halaman rumah bernyayi nyayi , mahu menunjuk siapa lagi merdu. siapa lagi hebat.

Bagi aku ini malam yang baik. Tidak begitu panas seperti hari biasa dan tak begitu sejuk seperti kedinginan di subuh pagi. Sedang ku lena baring di atas sofa biru yang hampuk lagi busuk ini. Fikiran ku terganggu sementara. Terganggu oleh mimpi. Aku dibuai mimpi. Ya mimpi.

Tapi aku tidak mengerti apa mimpi yang sedang aku mimpikan. Tak dapat ku tafsir dengan kata kata mahupun dengan perbuatan. Susah!

"Bang , bangun bang bangun." Tiba tiba suara seseorang kudengari.

Aku tersentak , terkejut. Mimpi ku dikacau. Aku bangun secara mengejut. Ternampak muka adik ku.

"Ahh fuck kau kenapa kejut aku" lantas aku memahari adik dengan nada yang kuat. dengan tanpa memikir apa apa. Aku bengan, aku hayun tangan kiri ku tepat di pipi adik

"PAPPP !" Berderau bilik tidur ku dan tepat di pipi kanan adik. Tepat! ku tarik tangan balik. Pipi adik merah , Adik lari menuju entah ke  mana. Munkin menangis di dapur atau munkin pergi berjumpa ibu. Tanpa fikirkan apa apa. Aku bersilat di ataas sofa, mencari koordinat tempat terbaik , sesudah tepat koordinat aku lena. Lena dengan selena lenanya.

Dalam hati ku mencarut . "Ini malam terbaik, babi"


Saturday, May 4, 2013

Sepucuk Pistol

Di hujung sudut bilik. Empat segi bentuk nya. Tak besar dan tak kecil. Cukup lah untuk manusia seperti aku. Yang hidup di dalam kolonial penduduk berpendapatan rendah. Tak banyak. 3 ringgit sehali. Sama macam Kais pagi makan pagi, Kais malam makan malam.  Tapi tidak bagi aku , 3 ringgit itu aku simpan. Dikumpul seminggu jadi 24 ringgit. 4 ringit aku ambil. 20 ku pulangkan kepada ibu bapa ku yang berada di kampung halaman.

nun jauh di utara. Bahkan, lebih jauh lagi dari matahari. Jauh . . .

Apa aku boleh buat dengan diri aku sekarang? Hidup bertongkat. Tiada sokongan. Seperti lalang. Ya lalang. Hidup dalam kegelapan. Hidup tanpa teman. Hidup keseorangan. Ya keseorangan. Cuma ada ibu bapa. Itu pun menunggu ajal mereka. Semoga mereka baik baik saja di alam sana.

Pernah terlintas di akal ku "apa kata kau bunuh diri?"

Ya , munkin itu jalan terakhir. Aku tidak sanggup lagi hidup didalam kelompok ini. Kelompok dimana golongan minda kelas pertama menindas orang seperti aku. Aku itindas , kejam. Ngeri .

Di tangan kiri ku ada sepucuk pistol. Dua peluru. Ku teliti betul betul. Buat kali terakhir, aku hayati dunia dengan teliti. Sepenuh penuh hati ku teliti. Tidak ku tahan. Tarik picu.

Tamat riwayat ku. Semoga kita berjumpa di alam sana.

Yang benar.

Jalulu Bin Sadon King Kulai


Kenapa?

Kau manusia. Aku manusia. Siapa kata kita serupa? Siapa kata kita sama? Yang bezakan antara kita ialah sifat dan amalan kita. Kau boleh jadi sebaik baik manusia dan aku boleh jadi sejahat jahat manusia dan ini semua terpulang pada diri sendiri. Ya, terpulang pada diri sendiri.

Nama aku Ahmad , tapi orang selalu panggil aku Bobo. Aku pun tidak mengerti kenapa Bobo. Ya munkin kerana dari susut tubuhku yang sedikit gempal di perut dan berlemak di peha kanan kiri. Tapi aku tidak mengerti kenapa perlu Bobo? kenapa tidak namanya Farid? Ali? atau Najib?

Kenapa?

Satu pertanyaan yang bermain di dalam minda.

Bermain main di dalam
minda
masih bermain
munkin juga sampai
hilangnya rohku
dari jasad ini.

sampai mati.

Friday, February 8, 2013

Harapan

Ini aku ambil sebagai satu bencana.

"Saya menulis serangkap sajak untuk si dia yang bertajuk "Mimpi kan saya okay?"

dan dalam mimpi dia

"Dia menulis serangkap sajak untuk saya yang bertajuk "Saya harap dia takkan mimpikan saya"

dan saya disini seperti
sehelai kertas yang basah dan
bila dipegang
kertas itu koyak dan hancur.

Monday, January 28, 2013

Sedih buat selamanya

Kerana terlalu ikutkan
hati dan jiwa
ini lah padahnya
gua sudah
kehilangan
teruna.

Monday, January 21, 2013

Hati

Kerana terpaksa

biarpun sakit
biarpun terluka
biar
perasaan ini
moga moga
hilang
selama lama.

3 Tahun

Cinta ini sudah
tertanam sejak
3 tahun
lalu

tidak dipandang
lagi di layan
hanya dipermainkan
perasaan nya

tubuh ini
tak mampu lagi
melawan
semua perasaan
semua tikaman
kerana
sudah
tahun ketiga di
permainkan

hanya menunggu
untuk ditarik
perasaan ini
hanya menunggu
untuk ditarik
nyawa ini.

Sunday, January 13, 2013

Kata Hati

Sampai bila mahu menunggu
hari ini
esok mahupun
lusa atau
bila

Jika kita masih
duduk dan
terpaku membutakan
mata
jiwa dan
hati

Kita ini
umpama manusia dalam rangka
tanpa berjiwa roh dan akal
hanya tinggal
menunggu tibanya kematian
yang nyata.

13 januari.
semalamnya hari
kebangkitan.
hari ini masih
bangkit
dan masih
menharap sesuatu yang
luar biasa
terjadi.

yang benar,
hati yang murni
lagi suci
kehadapan semua
rakyat masyarakat
yang dihormati.

Pesanan Ringkas.

"gua seorang budak lesbian yang hidupnya penuh dengan cerita cerita cinta ala ala bintang porno. gua punyai hati. tapi hati gua sudah pecah dipukul oleh bidadari jeli"Cerita Terlarang Dari Manusia Tak Punya Otak Yang Kurus Keding Tidak Cukup Organisma Penting(Hanya Untuk Mereka Yang Berjiwa Matang Sahaja)