Sunday, March 20, 2011

Silly Billy

Lagu terakhir kau dengar?
BMTH- suicide seasons






aku layan lagu nih. kau?

kau lahir dunia mana?

untuk kau Farah Amirah ,

tibanya  kelahiran seorang wanita cantik yang diberi namanya Farah Amirah. orang nya tidak lah secantik Maddi Jane dan tidak lah seburuk Rebecca Black. keturunan ibu nya asal dari kampung. tapi keturunan ayah nya dari bandar. maka berselisih lah antara ibu dan ayah Farah.

perkara yang paling mudah untuk merapatkan ibu dan ayah nya. ialah dengan cara farah perlu ke bandar. farah asal dari keturunan jawa. kedatangan farah ke bandar amat merisaukan farah. dengan pertuturan farah macam palat jer. dia takut.

biasalah, farah budak kampung. budak kolot yang tidak tahu akan tentang kemajuan dunia.

itu anggapan dia tentang budak bandar.

----------------



cerita aku sebenarnya nak ucapkan kat kau jer :) Hahahah,

Happy Birthday Farah Amirah.
May God Bless You Always :)
Best gila pergi mcd hari tuh :)
Myra, Takecare ;)

Saturday, March 19, 2011

Sam and Cookies


deskirip bagi orang macam aku. lu nak cakap apa? cakap lah. sudahlah bodoh mulut mu yang berbau bangkai anjing. selagi mulut kau berkata. kata lah apa yang kau nak katakan. aku layan lagu tuh. kau?

anjungan seri geruda. khas buat mu Peeya :)


The subways-Strawberry Blode

sebuah nota kecil

lidah aku kelu tak berkata. otak aku berhenti daripada melakukan kerjanya sebagaimana sebelum ini otak aku menanam beribu nota nota kecil. otak aku padat dengan kata kata kau. walaupun kata kata kau tak secantik dengan kucing betina aku.

aku ingat lagi ayat yang kau bagi dekat aku. alah, ayat gampang kau tuh. ayat yang selalu kau syair kan dekat aku. kau tak ingat ker?

sambil menunggu gambar untuk di upload


itulah muka aku yang sebenar benarnya. macam grey alien.


haaaa, memang tak lah kau dah lupa. kau selalu cakap macam nih. cerita tak serupa gampang lah sial kau nih. nak jer aku cekik paras tengkuk kau yang lemper macam kertas A4.


kau cakap 


"sayang, kita akan bersama sama selamanye kan?"


"yee, you."


"kenapa sayang nih? macam tak dek mood jer dengan i."


"bukan tak dek mood. i takut you jer yang tinggalkan i."


"you, you tahukan i sayang sangat sangat dekat you."


"okay. i paham. i sayang jugak dekat you." aku nak jugak sambung panjang lebar. tapi kau tahulah kan, lelaki kalau dah sayang dekat perempuan. mana boleh buat ape ape dah. 


----------------

last last, kau tinggalkan aku jugak. kau pergi dekat balak baru kau. balak baru yang macam mat rempit seluar singkat sakai laut. aku tak heran. balak kau lah kan. 

aku tak dek kuasa nak halang kau. munkin kau punya kepala otak tak boleh pikir.

aku sayang kau beb.

sayang

Wednesday, March 16, 2011

guruh ( konklusi sebuah metropilitan )

sejarah kelahiran aku bermula dari kampung. macam moyang kita, semua dari kampung. aku adalah keturunan dari pahlawan kelantan.

siapa tak kenal dengan pahalawan kelantan kalau bukan manusia yang selalu dirembat oleh pihak laknatullah si british iblis pada satu ketika dahulu kala.

siapa lagi kalau bukan Tok Janggut.

memang lah keturunan aku tak sekaya dengan keturunan kau. aku tak kisah.kau nak kutuk ke, gosip ke. buat lah apa yang kau suka. kumpul lah sebanyak yang boleh dosa kau. kutuk lah kutuk. silakan.

prinsip rukun hidup aku sama macam rukun hidup kau. bangun pagi, gosok gigi, mandi dekat telaga, uniform sekolah rendah. aku muda lagi. baru darjah dua.

kau dapat bayangkan muka aku comel . macam kanak kanak yang tak punya gigi kapak mereka. aku pernah jugak tertanya tanya pada diriku sendiri. mana gigi kapak aku?

akhirnya, tidak bertemu jugak jawapan dia. biasa lah aku. budak hingus meleleh. budak darjah dua. kanak kanak yang tak mampu berfikir secara logik.

hubungan aku dengan ibuku begitu rapat. biasalah, aku diajar sejak kecil molek lagi supaya berbuat baik dengan ibubapa. terutama nya dengan ibu. biasa lah anak mama

aku sama jugak macam kau. pergi sekolah, mempelajari ilmu hisab, ilmu alam, ilmu masa dan ilmu dunia. tiada berlainan. biasa lah anak mama

dekat kampung jugak lah aku dapat ilmu yang berguna. tapi aku risau, tak lama nanti aku akan berpindah ke bandar. terdengar dari corong corong jalan, bandar tempat baru. tempat maju. orang kaya jer yang menetap di sana.tak lama sudah nak berpindah ke bandar. aku lelap mata aku.

-----------------

ini bukan tempat aku. bukan tempat keluarga aku. dekat bandar, beribu ribu orang hendak menetap disini kerana hanya ingin mencari rezeki. tak kira lah rezeki halal ataupun haram. yang jauh dari kampung, yang jauh dari pekan. semua  berpusu pusu berhijrah ke bandar.

bandar Kuala Lumpur yang ku gelarkan bandar seni. dah lama aku mengidap ngidap kan keindahan panorama seni warga Kl. bandar seni juga lah munkin tempat ku mencari rezeki. nanti.

dengan datang nya bandar yang baru. mama pun ape lagi. berhujah lah dia 

"azim, azim sekarang dekat bandar. tolong jaga kelakuan adab budi kamu tuh."

"okay, ma"

"ini bukan kampung yang dulu, ini tempat baru kita. nih bandar nak. kamu kena cari kawan baru."

"tapi , ma ." aku macam nak melawan sahaja kata kata mama. tapi dihalang.

"takdek tapi tapi. I know what is good to you. dengar kata kata mama nih."

tanpa melawan balik hujah mama. aku terus masuk ke dalam bilik baru untuk menrehatkan badan yang sudah lama tidak merasai tilam kingston yang sebelum ini di kampung hanya bertilamkan lantai sahaja sejuk.

belajar di tempat baru tidak lah seronok macam tempat lama. kenalan baru tidak lah sehebat dengan kenalan lama. kemudahan baru tidak lah maju macam kemudahan lama. tapi, aku rasa semua sama sahaja. dengan hidupnya aku di bandar seni ini. selagi aku mampu, aku akan bertahan. aku akan bertahan. 

hidup tak susah kalau ada cerita.

nanti.

Tuesday, March 15, 2011

adiah buat Gadis

tanggal 33 july. tarikh keramat bagi gadis. hari gadis dilahirkan di pusat bumi. di dalam kandungan ibu nya. di salah sebuah hospital kaya yang terkemuka di pusat bandar.

sudah 13 tahun gadis tinggal di planet bumi. pendirian beliau terhadap seorang lelaki hanya sebagai kawan.

munkin pendirian dia terhadap aku sebagai kawan. tapi aku tidak. perasaan aku terhadap dia lebih. lebih dari seorang kawan. kenapa begini ?

gadis membalingkan beberapa kata kata lucah kepadaku. betapa palat nya dia dengan aku.berdering juga telinga aku bila dia cakap macam tuh. betapa hinanya aku.

korang bayangkan,

dia tak tahu pulak apa yang aku rasa. betapa kecewa nya bila dia buat ku begini. kalau ada spannar dua laras, dah lama aku menggunakannya dan menhentak kepalanya supaya dapat diprogramkan semula.

setiap lemparan adiah buat gadis. dia menolaknya sekali gus. pehhhh, bapak sedih tahap malapeteka7 lapisan bumi 7 lapisan awan lah.

munkin receptors dia dah rosak punah kut.

setiap kali aku mengerjakan sembahyang 5 kali sehari semalam. aku sentiasa berdoa supaya gadis pulang ke halaman yang benar. apa lah aku nih, hanya seorang hamba abdi yang diciptakan oleh Allah S.W.T untuk meneruskan perjuangan islam di muka planet bumi ini. hanya dengan bersujud dan berdoa sahaja yang ku mampu.

kenapa dengan gadis? kenapa aku memilih dia ? kenapa tidak orang lain. kau tahu lah dia macam mana. hot, sexy, punggul besar, badan macam lidi. aku tahu, kau mesti dapat gambar kan macam mana rupa dia.

munkin dia dah lupakan aku semasa kejadian hari tuh. dia tak ingat yang aku tolong dia. aku sanggup datang dekat dengan dia sebab hanya kerana dia sembelit. aku try tekan perut dia. taik yang mengaban banyak nye dulu tersimpan dalam perut gadis. kini ada dekat dalam lubang tandas.

tak berterima kasih pulak tuh. peh , hampa gila aku. macam nak mencarut dekat depan mak bapak dia ada jugak. tapi aku tahu, nanti aku kehilangan orang yang aku sayang.

apa boleh buat.

pernah jugak aku nak try kerat 20 jari aku nih. pernah jugak aku nak terjun bangunan empat belas tingkat. dan pernah jugak aku lemaskan diri dalam yakuzi milik bapak aku yang terletak dalam bilik air utama dalam rumah. semua gagal.

setiap kali percubaan membunuh diri. ada jer halangan. masa nak kerat jari tuh, pisau tumpul lah. masa nak terjun bangunan pulak, aku tak dapat cari bangunan yang ada empat belas tingkat. biasa lah. dekat kampung mana ada bangunan empat belas tingkat. bodoh nya

kenapa lah susah sangat untuk gadis menerima aku. munkin jugak dia tak tahu tentang perasaan aku. munkin dia gagal membaca sistem saraf yang mampu meloloskan perasaan sayang. dia tak nampak agaknya.

aku pulak. mana pernah tunjuk perasaan sayang dekat dia. munkin lah pernah. hanya sekali dua.

tak terucap. susah nak bagi tahu. sukar untuk digambarkan. macam palat.

kalau boleh, aku nak kejar dia,
sampai lepas Ub 1 pon boleh,
mimpi basah dah lepas,
kalau boleh nak berlari dengan kau,
munkin nanti.

nanti .

Sunday, March 13, 2011

otak beku

Nyamuk aedes, antara serangga yang tidak akan menunjukkan belas kasihan terhadap manusia. suntikan yang dilepaskan kepada permukaan kulit aku membuatkan aku mendapat penyakit denggi. aku di hantar di hospital Serdang. di sana aku di beri rawatan rapi. keadaan aku semasa itu sukar digambarkan dengan kata kata. keadaan menjadi kritikal apabila keadaan aku didalam separuh sedar. dalam beberapa minit sahaja, bacteria itu merebak ke seluruh badan aku.sekarang terpulang kepada doktor untuk mengubati penyakit ini.

pagi subuh, destinasi yang dituju ialah klinik kesihatan seri putra. klinik yang berwarna pich putih dibina segak di atas tanah hak kerajaan. klinik yang menyumbangkan doktor doktor berpangkat general, jururawat dan "acik cleaner". hahaa.

liter demi liter air cylodine dimasukkan kedalam tubuh badanku. kelihatan pucat lesu di muka dan badan ku. kepenatan yang tak terhingga menusuk terus ke sistem saraf tunjal aku.

sekarang, cell lama mula menhasilkan cell baru untuk pertumbuhan pertahanan badan. cell baru mula melawan bacteria jahat. mula sudah operasi mencungkil keluar bacteria bacteria jahat. segala peralatan perang dikeluarkan untuk melawan semula bacteria jahat.

munkin takdir aku untuk hidup di planet bumi ini hanya sementara. okay, sekarang aku mula memahami bahawa manusia tidak boleh lari dari kematian. kemunkinan ini adalah rintangan dan kemungkinan juga ini adalah dugaan yang manusia itu tidak boleh lari dari kematian. kematian.

tidak lama kemudian, jam berdetik saat-sesaat menanti. setiap mikro saat yang bergerak di alam realiti yang memanggil aku. kubur sedalam 7 kaki kemunkinan tempat seterusnya sebelum wad icu. ummmm. hanya boleh menunggu sahaja.

pandangan panorama malam mengaburi kelopak mata. perasan sangap yang tidak terucap dengan kata kata selalu bermain di ruang siber fikiranku. perasaan mengatuk selepas cuba menelan beberapa biji pil estacy dengan gelaran scientificnya paracetamol 650 mg.

paracetamol 650 mg yang dulunya menemaniku, itu dulu. sekarang aku dengan air kosong sahaja. tiada lagi pilpil warna warni. suhu badan ku kembali normal.

sakit nye kene aedes. serious !

Pesanan Ringkas.

"gua seorang budak lesbian yang hidupnya penuh dengan cerita cerita cinta ala ala bintang porno. gua punyai hati. tapi hati gua sudah pecah dipukul oleh bidadari jeli"Cerita Terlarang Dari Manusia Tak Punya Otak Yang Kurus Keding Tidak Cukup Organisma Penting(Hanya Untuk Mereka Yang Berjiwa Matang Sahaja)