Wednesday, March 16, 2011

guruh ( konklusi sebuah metropilitan )

sejarah kelahiran aku bermula dari kampung. macam moyang kita, semua dari kampung. aku adalah keturunan dari pahlawan kelantan.

siapa tak kenal dengan pahalawan kelantan kalau bukan manusia yang selalu dirembat oleh pihak laknatullah si british iblis pada satu ketika dahulu kala.

siapa lagi kalau bukan Tok Janggut.

memang lah keturunan aku tak sekaya dengan keturunan kau. aku tak kisah.kau nak kutuk ke, gosip ke. buat lah apa yang kau suka. kumpul lah sebanyak yang boleh dosa kau. kutuk lah kutuk. silakan.

prinsip rukun hidup aku sama macam rukun hidup kau. bangun pagi, gosok gigi, mandi dekat telaga, uniform sekolah rendah. aku muda lagi. baru darjah dua.

kau dapat bayangkan muka aku comel . macam kanak kanak yang tak punya gigi kapak mereka. aku pernah jugak tertanya tanya pada diriku sendiri. mana gigi kapak aku?

akhirnya, tidak bertemu jugak jawapan dia. biasa lah aku. budak hingus meleleh. budak darjah dua. kanak kanak yang tak mampu berfikir secara logik.

hubungan aku dengan ibuku begitu rapat. biasalah, aku diajar sejak kecil molek lagi supaya berbuat baik dengan ibubapa. terutama nya dengan ibu. biasa lah anak mama

aku sama jugak macam kau. pergi sekolah, mempelajari ilmu hisab, ilmu alam, ilmu masa dan ilmu dunia. tiada berlainan. biasa lah anak mama

dekat kampung jugak lah aku dapat ilmu yang berguna. tapi aku risau, tak lama nanti aku akan berpindah ke bandar. terdengar dari corong corong jalan, bandar tempat baru. tempat maju. orang kaya jer yang menetap di sana.tak lama sudah nak berpindah ke bandar. aku lelap mata aku.

-----------------

ini bukan tempat aku. bukan tempat keluarga aku. dekat bandar, beribu ribu orang hendak menetap disini kerana hanya ingin mencari rezeki. tak kira lah rezeki halal ataupun haram. yang jauh dari kampung, yang jauh dari pekan. semua  berpusu pusu berhijrah ke bandar.

bandar Kuala Lumpur yang ku gelarkan bandar seni. dah lama aku mengidap ngidap kan keindahan panorama seni warga Kl. bandar seni juga lah munkin tempat ku mencari rezeki. nanti.

dengan datang nya bandar yang baru. mama pun ape lagi. berhujah lah dia 

"azim, azim sekarang dekat bandar. tolong jaga kelakuan adab budi kamu tuh."

"okay, ma"

"ini bukan kampung yang dulu, ini tempat baru kita. nih bandar nak. kamu kena cari kawan baru."

"tapi , ma ." aku macam nak melawan sahaja kata kata mama. tapi dihalang.

"takdek tapi tapi. I know what is good to you. dengar kata kata mama nih."

tanpa melawan balik hujah mama. aku terus masuk ke dalam bilik baru untuk menrehatkan badan yang sudah lama tidak merasai tilam kingston yang sebelum ini di kampung hanya bertilamkan lantai sahaja sejuk.

belajar di tempat baru tidak lah seronok macam tempat lama. kenalan baru tidak lah sehebat dengan kenalan lama. kemudahan baru tidak lah maju macam kemudahan lama. tapi, aku rasa semua sama sahaja. dengan hidupnya aku di bandar seni ini. selagi aku mampu, aku akan bertahan. aku akan bertahan. 

hidup tak susah kalau ada cerita.

nanti.

No comments:

Post a Comment

gunakan hati kau. sila guna ayat kesat dan celupar sebaik munkin .

Pesanan Ringkas.

"gua seorang budak lesbian yang hidupnya penuh dengan cerita cerita cinta ala ala bintang porno. gua punyai hati. tapi hati gua sudah pecah dipukul oleh bidadari jeli"Cerita Terlarang Dari Manusia Tak Punya Otak Yang Kurus Keding Tidak Cukup Organisma Penting(Hanya Untuk Mereka Yang Berjiwa Matang Sahaja)