Sunday, May 5, 2013

Hari ini

Di kamar bilik yang kecil. Hanya diterangi cahaya cahaya yang samar berpunca dari pelita minyak tanah. Kadang kadang mati kadang kadang muncul cahaya ini. Ibarat dimakan oleh kegelapan sekitar nya.

Dalam hati aku berkata "ya kegelapan lebih berkuasa dari cahaya. munkin juga suasana sekitar mempengaruhinya." Pandai juga cahaya ini menari. Bila dipandang sekali seperti lalang sejak kanan sejak kiri. Nakal!

Kipas di atas kepala berpusing pusing mencari haluan sendiri. dengan kelajuan dua aku buka. Di luar sedang hujan renyai renyai. Air hujan mencium lantai bumi , bunyian bunyian serangga di halaman rumah bernyayi nyayi , mahu menunjuk siapa lagi merdu. siapa lagi hebat.

Bagi aku ini malam yang baik. Tidak begitu panas seperti hari biasa dan tak begitu sejuk seperti kedinginan di subuh pagi. Sedang ku lena baring di atas sofa biru yang hampuk lagi busuk ini. Fikiran ku terganggu sementara. Terganggu oleh mimpi. Aku dibuai mimpi. Ya mimpi.

Tapi aku tidak mengerti apa mimpi yang sedang aku mimpikan. Tak dapat ku tafsir dengan kata kata mahupun dengan perbuatan. Susah!

"Bang , bangun bang bangun." Tiba tiba suara seseorang kudengari.

Aku tersentak , terkejut. Mimpi ku dikacau. Aku bangun secara mengejut. Ternampak muka adik ku.

"Ahh fuck kau kenapa kejut aku" lantas aku memahari adik dengan nada yang kuat. dengan tanpa memikir apa apa. Aku bengan, aku hayun tangan kiri ku tepat di pipi adik

"PAPPP !" Berderau bilik tidur ku dan tepat di pipi kanan adik. Tepat! ku tarik tangan balik. Pipi adik merah , Adik lari menuju entah ke  mana. Munkin menangis di dapur atau munkin pergi berjumpa ibu. Tanpa fikirkan apa apa. Aku bersilat di ataas sofa, mencari koordinat tempat terbaik , sesudah tepat koordinat aku lena. Lena dengan selena lenanya.

Dalam hati ku mencarut . "Ini malam terbaik, babi"


No comments:

Post a Comment

gunakan hati kau. sila guna ayat kesat dan celupar sebaik munkin .

Pesanan Ringkas.

"gua seorang budak lesbian yang hidupnya penuh dengan cerita cerita cinta ala ala bintang porno. gua punyai hati. tapi hati gua sudah pecah dipukul oleh bidadari jeli"Cerita Terlarang Dari Manusia Tak Punya Otak Yang Kurus Keding Tidak Cukup Organisma Penting(Hanya Untuk Mereka Yang Berjiwa Matang Sahaja)